Monday, March 28, 2011

Bila air nak elok?



Salam semua..
Hari ni telah masuk minggu ke dua krisis bekalan air di kawasan bandar baru lipis.
Masalah yang dihadapi ini amat kronik kerana kawasan ini menempatkan stesen bas, beberapa buah bank, bengkel kereta, hotel dan asrama pelajar, pusat dialisis, restoran dan mini market, malah pejabat-pejabat dari agensi kerajaan juga banyak yang beroperasi disini.
Apa yang penulis dapat cerita dari orang JBA sendiri, masalah ni berpunca dari gangguan bekalan tangki dari kawasan kechau yang mana seluruh kawasan bandar baru ini bergantung kepada tangki dari kawasan kechau ini. Tetapi masalahnya pihak yang berkaitan iaitu JBA langsung tidak mengeluarkan notis atau memo bagi memaklumkan keadaan bekalan air yang terputus ini. Ini menyukarkan pelajar2 perubatan yang menjadikan beberapa unit bangunan disini sebagai penginapan mereka.
Selain itu khidmat pembekalan air melalui lori tangki yang JBA sediakan amatlah tidak memuaskan. Bagi menampung keperluan semua pihak di kawasan bandar baru ini, seharusnya pihak JBA perlulah rajin mengedarkan air melalui lori tangkinya. Janganlah hanya memberi air sewaktu pagi dan tengahari sahaja (kalau ada) sepatutnya petang dan malam pun pihak JBA harus meronda dengan lori tangki bagi mengatasi keperluan yang terdesak dikala krisis air yang semakin meruncing di kawasan bandar baru ini.
Pihak JBA juga haruslah memaklumkan punca kenapa masalah ini dihadapi dan memberi jaminan sejauh mana dan selama mana masalah ini dapat diatasi.
Harap pihak JBA ambil tahu dan peka dengan masalah yang dihadapi pengguna di kawasan bandar baru.
Janganlah hanya pandai potong air bila pengguna lewat bayar sahaja!! sedangkan pengguna yang bayar tiap-tiap bulan, anda buat tak tahu jika ada masalah gangguan bekalan air!!
Kepada ketua JBA kawasan lipis ni turun padang la sket tengok anak buah tu kerja atau tak.

No comments: