Monday, March 28, 2011

Bila air nak elok?



Salam semua..
Hari ni telah masuk minggu ke dua krisis bekalan air di kawasan bandar baru lipis.
Masalah yang dihadapi ini amat kronik kerana kawasan ini menempatkan stesen bas, beberapa buah bank, bengkel kereta, hotel dan asrama pelajar, pusat dialisis, restoran dan mini market, malah pejabat-pejabat dari agensi kerajaan juga banyak yang beroperasi disini.
Apa yang penulis dapat cerita dari orang JBA sendiri, masalah ni berpunca dari gangguan bekalan tangki dari kawasan kechau yang mana seluruh kawasan bandar baru ini bergantung kepada tangki dari kawasan kechau ini. Tetapi masalahnya pihak yang berkaitan iaitu JBA langsung tidak mengeluarkan notis atau memo bagi memaklumkan keadaan bekalan air yang terputus ini. Ini menyukarkan pelajar2 perubatan yang menjadikan beberapa unit bangunan disini sebagai penginapan mereka.
Selain itu khidmat pembekalan air melalui lori tangki yang JBA sediakan amatlah tidak memuaskan. Bagi menampung keperluan semua pihak di kawasan bandar baru ini, seharusnya pihak JBA perlulah rajin mengedarkan air melalui lori tangkinya. Janganlah hanya memberi air sewaktu pagi dan tengahari sahaja (kalau ada) sepatutnya petang dan malam pun pihak JBA harus meronda dengan lori tangki bagi mengatasi keperluan yang terdesak dikala krisis air yang semakin meruncing di kawasan bandar baru ini.
Pihak JBA juga haruslah memaklumkan punca kenapa masalah ini dihadapi dan memberi jaminan sejauh mana dan selama mana masalah ini dapat diatasi.
Harap pihak JBA ambil tahu dan peka dengan masalah yang dihadapi pengguna di kawasan bandar baru.
Janganlah hanya pandai potong air bila pengguna lewat bayar sahaja!! sedangkan pengguna yang bayar tiap-tiap bulan, anda buat tak tahu jika ada masalah gangguan bekalan air!!
Kepada ketua JBA kawasan lipis ni turun padang la sket tengok anak buah tu kerja atau tak.

Sunday, March 6, 2011

Bila nak repair jalan nih?


Gambar diatas menunjukkan jalan berlubang di jalan menuju ke bandar lipis. Lokasinya kerdekatan dengan gelanggang petanque.

Penulis rasa masalah jalan berlubang ini menjadi masalah yang dipekakkan telinga dan dibutakan mata oleh pihak yang berkenaan. Tak tahulah siapa yang wajib membaiki jalan ini samaada Majlis daerah lipis atau jabatan kerja raya (JKR) Lipis. Seingat penulis la, dah hampir tiga bulan jalan ni terbiar begini dan hanya diletakkan kon merah untuk memberi isyarat bahaya kepada pemandu.
Bahaya bakal muncul bila-bila masa apabila pemandu berselisih dengan kenderaan besar di kawasan tersebut seperti bas atau lori. Jalan disitu sudah la sempit, maka penulis beberapa kali termasuk dalam lubang tu sebab nak elakkan kenderaan besar jika berselisih disitu.
Jadi sebagai warga lipis yang mahukan keselesaan dan yang membayar cukai kepada kerajaan, penulis berharap pihak berwajib di lipis ni segeralah perbaiki masalah rakyat ni. Janganlah tunggu bila ada pilihanraya kecil baru nak baiki itu, baiki ini, derma itu, derma ini.

Saturday, March 5, 2011

Sape makan cili, dia yang terasa pedas

Segala penulisan dalam blog ini bertujuan untuk menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku di sekitar Kuala Lipis. Banyak perkara yang kita terlepas pandang dalam Daerah sendiri sekarang ini. Oleh itu, pihak berkenaan yang berkait rapat dengan setiap artikel ini diharap menerima teguran dengan terbuka.

Kesesakan Lalulintas dari Bandar Baru


Melihat daripada gambar diatas, orang-orang kuala lipis sudah tentu tertawa sendirian.
Jem kat lipis? sesuatu yang amat kelakar..bagaimana bandar kecil seperti Lipis ini berupaya membuat kesesakan lalulintas luarbiasa seperti ini? Dari Bandar Baru ke traffic light dekat hospital tu bukannya dekat. Mau dekat 400 hingga 500 meter gak jaraknya. Justeru itu kenapa kesesakan ini berlaku?

Biasanya kesesakan ini berlaku pada hari jumaat sekitar jam 4 ke 5 petang. Maklumlah ketika ini orang ramai berpusu-pusu mahu ke pasar malam yang terletak di bandar lama dan ditambah pula dengan orang ramai yang mahu pulang dari kerja. Atas 2 faktor itu maka berlakulah kesesakan luarbiasa pada hari berkenaan.

Bagi pendapat penulis, satu lagi faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah kerana tiada keselarasan antara 2 traffic light.

Friday, March 4, 2011

Mini Zoo Kuala Lipis

Kuala Lipis kini dikenali sebagai bandar warisan sejarah. Selain banyak destinasi sejarah untuk dilawati, Kuala Lipis juga mempunyai pelbagai lokasi untuk tujuan riadah dan rekreasi. Antara yang penulis ingin paparkan pada edisi sulung ini adalah Mini Zoo Kuala Lipis.

Mini Zoo Kuala Lipis terletak 1.5KM dari simpang bukit bius (berhampiran traffic light).
Waktu Dibuka :
Isnin - Khamis:10.00 Pagi - 7.00 Petang
Jumaat:10.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Sabtu - Ahad:9.00 Pagi - 7.00 Petang
Kelepasan Am:9.00 Pagi - 7.00 Petang

Tiket Masuk Berharga RM3.00 seorang dewasa.



-ejaan ini betul ke salah?

-beruang yang malas

-nama binatang pun tak letak

-tiket yang baru naik harga tapi berbaloikah?


Mari datang beramai-ramai.

komen gua.
-harga tiket dah naik, so mesti la berbaloi untuk pengunjung mengeluarkan setiap ringgit yang dikenakan.
tetapi untuk 3 ringgit yang dikenakan oleh Zoo ini memang tak berbaloi bagi wa kerana terlalu banyak kekurangan untuk meletakkan Zoo ini setaraf untuk kutip RM3 dari pengunjung. Kalau prasarana di tahap yang lemah macam sebelum ini, lebih baik harga lama dikekalkan iaitu RM2.
-Contoh paling mudah adalah kesilapan ejaan terhadap nama binatang. Itu belum lagi sangkar yang tidak memaparkan maklumat. Ada binatang yang pengunjung tidak tahu nama kerana tiada langsung maklumat dipaparkan.
-Cadangan wa lah, sepatutnya pihak yang berwajib (MDL?) letakkan nama binatang tu di setiap sangkar, kalau boleh sertakan sedikit maklumat berkaitan asal keturunan atau apa2 maklumat yang berguna untuk pengunjung mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan binatang berkenaan.